Tujuan & Matlamat Ditubuhkan
-
Untuk menjadi pemacu dalam meningkatkan kemajuan dan perkembangan sains matematik dalam pendidikan, penyelidikan, perundingan dan penyebaran maklumat.
-
Untuk mengurus dan meningkatkan aktiviti penyelidikan sains matematik agar minat orang ramai terhadap bidang sains matematik dapat dipupuk.
-
Untuk memperluas jaringan dan mempergiat kerjasama akademik dan industri hingga ke peringkat antarabangsa.
-
Untuk menjadi badan rujukan dan entiti penting kepada kerajaan, industri dan masyarakat dalam hal-hal berkaitan sains matematik.
-
Untuk memberi pandangan dan menjaga kepentingan hal-hal yang mempunyai kesan langsung atau tidak langsung terhadap perkembangan ilmu serta kebajikan komuniti ahli sains matematik.
-
Untuk meningkatkan kesedaran dan mendapat pengiktirafan masyarakat tentang kepentingan dan kegunaan sains matematik dalam kehidupan dan lain-lain.