Peserta dikehendaki untuk membawa laptop, draf manuskrip sekurang-kurangnya 60% telah siap dan segala bahan rujukan yang difikirkan perlu ke bengkel ini agar proses penulisan akan berjalan dengan lancar.

PENGENALAN

Penganjuran bengkel ini adalah kesinambungan daripada Workshop on Writing and Publishing High Impact Research Papers (WWP2018) yang telah diadakan pada 19 Julai 2018. Tujuan penganjuran bengkel ini adalah untuk memurnikan manuskrip yang sedia ada untuk dihantar ke jurnal yang telah dikenalpasti. Memberi peluang kepada peserta untuk memberikan tumpuan yang sepenuhnya untuk menyiapkan manuskrip dalam suasana yang lebih kondusif. Menggalakkan kerjasama dan perbincangan yang lebih interaktif di kalangan peserta untuk menyiapkan manuskrip yang berkualiti

OBJEKTIF

Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk:

  1. Meningkatkan kuantiti dan kualiti manuskrip yang dihasilkan.
  2. Memurnikan manuskrip yang sedia ada untuk dihantar ke jurnal.
  3. Membuka ruang dan peluang untuk meningkatkan KPI Penerbitan bagi Jabatan Matematik, Fakulti Sains dan Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM) dan seterusnya UPM.
  4. Menjadi landasan bagi penyelidik dan pelajar siswazah untuk berinteraksi dan berkongsi idea dalam menghasilkan manuskrip.