Pada 26-27 Julai 2011, Laboratori Sains Berkomputasi dan Fizik Bermatematik telah menganjurkan Workshop On Desktop Grid Computing pada 27-30 September 2011. Bengkel ini dimulakan dengan seminar pada 27 September 2011 di Dewan Kuliah Utama, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat seterusnya bengkel pada 28-30 September 2011 di Makmal Komputer, iDEC Alpha.
Y.Bhg. Prof. Dr. Noor Akma Ibrahim, Timbalan Pengarah, Institut Penyelidikan Matematik telah merasmikan merasmikan bengkel ini di Dewan Kuliah Utama, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat. Seramai 53 orang peserta telah menghadiri seminar manakala bengkel pula dihadiri seramai 23 orang peserta. Penceramah untuk seminar ini ialah;
a) Prof. Dr. Stephen C Winter, University of Westminster, United Kingdom (secara sidang video)
b) Dr Robert Lovas, Laboratory of Parallel and Distriburted Systems, Computer and Automation Research Institute, Hungarian Academy of Sciences (MTA SZTAKI), Hungary
c) Dr. Rohaya Latip, Universiti Putra Malaysia,
Bengkel ini juga telah dikendalikan oleh Dr Robert Lovas, Daniel Farkas, dan Muhammad Farhan Sjaugi.
Secara keseluruhannya bengkel ini telah mencapai objektifnya walaupun perancangan dan pelaksanaannya dibuat dalam tempoh masa yang singkat. Penganjuran bengkel ini adalah sangat penting dan ia bertepatan dengan hasrat UPM untuk membangunkan desktop grid di Malaysia.