banneromua
PERTANDINGAN OLIMPIAD MATEMATIK UNIVERSITI AWAM 2016 (OMUA2016)
PENGUMUMAN
24 September 2016
Pusingan Awal
Lokasi : Universiti masing-masing

26 November 2016
Pertandingan Akhir
Lokasi : Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM), UPM

17 Disember 2016
Majlis Penyampaian Hadiah
Lokasi : Universiti Putra Malaysia

**Soalan OMUA akan merangkumi topik Kalkulus, Kalkulus Lanjutan dan Aljabar.

MENU UTAMA

Pengenalan

Olimpiad Matematik Antarabangsa (International Mathematical Olympiad) merupakan salah satu pertandingan penyelesaian Matematik yang berprestij di peringkat dunia yang mula dipertandingkan pada tahun 1959. Malaysia mula menyertai pertandingan ini pada tahun 1995 di Toronto, Kanada. Pertandingan Matematik ini adalah program yang sangat kompetitif di mana para peserta akan menduduki ujian menyelesaikan masalah Matematik tahap tinggi. Walau bagaimana pun pertandingan IMO ini adalah pertandingan di peringkat sekolah menengah dan tidak melibatkan pelajar di peringkat universiti.

Namun pada Januari 2016, Pihak Australian Mathematical Society mengambil inisiatif untuk menganjurkan Simon Marais Mathematics Competition pada Oktober 2017 dan melibatkan pelajar pra-siswazah dari universiti di negara rantau Asia Pasifik. Malaysia juga turut dijemput oleh Australian Mathematical Society untuk menyertai pertandingan ini dan penyertaannya adalah mewakili setiap universiti di Asia Pasifik.

Sebagai persiapan awal sebelum menghadapi pertandingan tersebut, Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM), Universiti Putra Malaysia merangka untuk menganjurkan satu pertandingan Olimpiad Matematik Universiti Awam 2016 (OMUA2016) yang melibatkan semua universiti awam di Malaysia. Pertandingan yang julung-julung kali dianjurkan di peringkat universiti awam ini merupakan satu pendedahan awal dan kesedaran kepada masyarakat tentang adanya pertandingan Olimpiad Matematik peringkat universiti di luar negara.

Pertandingan OMUA2016 yang bakal dilaksanakan merangkumi dua peringkat iaitu pusingan kelayakan dan pertandingan akhir. Pertandingan OMUA2016 akan dikendalikan oleh Institut Penyelidikan Matematik, UPM dengan kerjasama daripada 21 buah universiti awam di Malaysia.


Objektif

  • Sebagai pendedahan awal dan rangsangan kepada pelajar menyertai pertandingan Matematik di peringkat antarabangsa.
  • Menggalakkan dan mengembangkan kemahiran menyelesaikan masalah matematik dengan kreatif dalam kalangan pelajar universiti di Malaysia.
  • Mengenalpasti dan mengembangkan potensi dan bakat pelajar untuk menjadi ahli Matematik dan saintis.
  • Menggalakkan persaingan yang sihat antara universiti awam di Malaysia.
  • Membina hubungan antara universiti dan ahli akademik di Malaysia.



Hadiah

Hadiah (Kategori individu)
Johan : RM800 + piala dan sijil
Naib Johan : RM600 + piala dan sijil
Tempat Ketiga : RM400 + piala dan sijil

Hadiah (Kategori berkumpulan)
Johan: RM1000 + piala dan sijil
Naib Johan : RM700 + piala dan sijil
Tempat Ketiga : RM500 + piala dan sijil








(Untuk melihat poster)


(Untuk melihat buku program)


©2016., Institut Penyelidikan Matematik. UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA.