SKPPM 2015
MENU UTAMA PENDAFTARAN HEBAHAN KERTAS KERJA TEMPAT AHLI JAWATANKUASA HUBUNGI KAMI
 

 
PENGENALAN

Matlamat pendidikan bagi masyarakat dalam era globalisasi ini adalah pekerja yang literasi dalam matematik dan seterusnya individu yang berkekuatan matematik supaya mereka boleh membuat keputusan secara intelektual dalam kehidupan seharian, tempat kerja dan masyarakat. Pada asasnya, tumpuan perlu diberi pada usaha meningkatkan pembelajaran dan pengajaran matematik yang berjaya menggalakkan semua pelajar untuk membina kekuatan matematik yang bertaraf dunia di pelbagai peringkat dari pra-sekolah hinggalah institusi pengajian tinggi. Sehubungan itu, Laboratori Etnomatematik dan Didaktif, INSPEM akan menganjurkan SKPPM2015 untuk mengembangkan program peningkatan matematik.

Objektif seminar ini memberi ruang kepada para penyelidik dalam bidang matematik untuk berkongsi maklumat dan idea untuk meningkatkan penguasaan dan pencapaian matematik bagi menyumbang kepada modal insan yang berkekuatan matematik. Beberapa penyelidik terkemuka dari dalam negara akan membentang kertas kerja yang merangkumi tema berikut:

  • Falsafah dan Nilai Matematik
  • Pedagogi dalam Pendidikan Matematik
  • Teknologi Dalam Pendidikan Matematik
  • Pemupukan dan Penghayatan Kesedaran Matematik
 
PENCERAMAH JEMPUTAN TARIKH PENTING
1) YBhg. Prof. Dato' Dr. Rosihan M. Ali, USM    
2) YBhg. Prof. Dato' Dr. Noraini Idris, UPSI    
3) YBhg. Prof. Dr. Nor Haniza Sarmin, PERSAMA MUAT TURUN  
4) Dr. Elenchothy Davrajoo, KPM    
5) Rosita Mat Zain, KPM Poster  
6) Dr. Shaharir Mohamed Zain, UM Program  
7) Prof. Madya Dr Mat Rofa Ismail, UPM    
8) Prof. Madya Dr. Muhammad Rezal Kamel Ariffin, UPM    
 


SPPM2013 | SEMINAR ON THINKING AND MATHEMATICS EDUCATION 2013