Seminar Pemikiran Etnomatematik Dr. Mat Rofa Ismail
 
Pengenalan Pembentang Program Pendaftaran Yuran Pendaftaran Senarai Nama Jawatankuasa Hubungi Kami

Pembentang Jemputan

Dr. Mat Rofa Ismail merupakan mantan Ketua Laboratori Etnomatematik dan Didaktik, Institut Penyelidik Matematik. Beliau mendapat pendidikan Ijazah pertama di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1979 dan kemudiannya melanjutkan pelajaran di peringkat Master di University of Wales, UK pada tahun 1982. Pada tahun 1993, beliau kemudiannya dianugerahkan ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Falsafah dan Sejarah Matematik dari Universiti Malaya di bawah seliaan Profesor Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar.

Dr. Mat Rofa Ismail merupakan salah seorang pengkaji etnomatematik yang sangat aktif dalam menyampaikan ilmu tersebut terutama menerusi subjek Sejarah Matematik dan Falsafah Sains.  Beliau kerap menjadi tetamu di radio dan television, antaranya RTM, TV3, TV9, TV Hijrah, IKIM dan Salam FM selain menjadi penceramah jemputan program di peringkat sekolah dan universiti, surau dan masjid malah di Jabatan Mufti.

Beliau yang aktif dalam bidang penulisan telah menerbitkan banyak penerbitan berupa kertas kerja, prosiding, jurnal, bab dalam buku dan penulisan buku. Antara karya penulisan Dr. Mat Rofa adalah seperti berikut:

  1. Mantik, Matematik Dan Budaya Ilmu (1994)
  2. Sejarah Aritmetik Dan Al-Jabar Islam (1995)
  3. Mantik Dalam Babak Pemikiran Ilmiah Tamadun Manusia (1997)
  4. Matematik Merentas Tamadun (2004)
  5. Falsafah Sains Pendekatan Kuantitatif (2006)
  6. Rampaian Etnomantik (2012)
  7. Etnosains Dan Etnomatematik Alam Melayu (2013)
  8. Mantik Dan Etnomantik (2014)
  9. Ulul Albab: Ajaibnya Alam Semesta (2014)
  10. Kerdipan Bintang Melayu Di Langit Turki (2015)
  11. Bicarawara Sains Islam (2016)
  12. Malayonesia: Kerdipan Bintang Melayu Di Langit Melayu (2016)
  13. Biografi Agung Sheikh Ahmad al-Khatib al-Minankabawi (2017)

 

Dr. Mat Rofa juga telah menerima banyak anugerah di peringkat antarabangsa dan kebangsaan seperti Anugerah Penulisan Ilmiah Persatuan Linguistik Malaysia & Sime Darby (1997), Anugerah Pensyarah Popular Jabatan Matematik (2007), Anugerah Penulisan Ilmiah PERSAMA (2007) dan  Anugerah Buku Terbaik Sains, Teknologi dan Perubatan, Hadiah Penghargaan (2007), Anugerah Rencana Popular PERSAMA (2012), Anugerah Utama Kategori Buku Karya Asli (2012), Anugerah Karya Ilmiah (2014),  Anugerah Tokoh INSPEM 2009 & 2014, Hadiah Karya Ilmiah (2014) dan Anugerah Media Islam Negara (JAKIM & RTM).