Syarat Keahlian AISMM


  1. Keahlian adalah berdasarkan jemputan dan pemilihan jawatankuasa berdasarkan pengalaman yang luas individu di peringkat Negara dan antarabangsa, bidang keutamaan yang menjadi pemangkin perkembangan sains matematik dalam dan luar Negara dan individu tersohor dalam pelbagai kepakaran yang menyumbang kepada pembangunan dan penyelidikan sains matematik.

  2. Individu hendaklah mempunyai kelayakan akademik minimum di peringkat Master. Mereka yang berkelayakan Bacelor yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang sains matematik boleh dipertimbangkan.

Yuran Keahlian AISMM


Bayaran masuk RM500 (RINGGIT MALAYSIA LIMA RATUS SAHAJA)
Yuran tahunan keahlian RM1000 (RINGGIT MALAYSIA SATU RIBU SAHAJA)