Latar Belakang



Penubuhan persatuan ini diusulkan buat kali pertamanya pada Mesyuarat Ketua-ketua Jabatan ke-5 pada 25-27 Januari 2008 dan kertas kerjanya disediakan oleh pihak Universiti Teknologi Malaysia. Mesyuarat protem kali pertama telah diadakan pada 31 Mei 2011 bagi membincangkan undang-undang serta pendaftaran pertubuhan.

Persatuan ini ditubuhkan atas nama Akademi Ilmuan Sains Matematik Malaysia (AISMM) atau Malaysian Academy of Mathematical Scientists dan diluluskan penubuhannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Selangor pada 19 September 2011 dan diluluskan kali kedua dengan pindaan nama pada 19 Disember 2011.