Banner

Pengenalan


PENGENALAN

Kajian dalam bidang etnomatematik di Malaysia telah dirintis oleh Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM) pada tahun 2002. Penubuhan ini adalah inisiatif daripada Prof. Emeritus Dato’ Dr. Hj. Kamel Ariffin Mohd. Atan ketika beliau menjadi Pengarah INSPEM. Penubuhan Kumpulan Penyelidikan Etnomatematik Melayu (KuPELEMA) ini telah diketuai oleh Profesor Emeritus Dr. Shaharir Mohd Zain dan disertai oleh penyelidik dari dalam dan luar UPM. Hasil daripada kajian ini, KuPELEMA juga telah berjaya mengumpulkan sebanyak 34 naskhah manuskrip yang mempunyai elemen matematik dan sains (rujuk https://kupelema.wordpress.com/) yang dikumpul daripada beberapa institusi dari dalam dan luar Malaysia. Walau bagaimanapun kajian ini mulai berkurang disebabkan ramai pakar dan penyelidik telah bersara dan menumpukan bidang lain. Bagi mengembalikan perkembangan bidang etnomatematik, INSPEM merancang untuk menganjurkan bengkel Peluang Penyelidikan dan Pendanaan Penyelidikan Etnomatematik. Bengkel ini dianjurkan bermatlamatkan untuk memberikan pendedahan dan panduan kepada penyelidik muda tentang peluang dan ruang dalam menjalankan kajian bidang etnomatematik. Di bengkel ini juga akan diberikan penerangan tentang potensi permohonan geran dan dana penyelidikan serta peluang penerbitan artikel.

OBJEKTIF

Objektif bengkel ini adalah seperti berikut:

i. Memberi pendedahan dan panduan penyelidikan etnomatematik.
ii. Mempromosikan semula bidang kajian etnomatematik yang dahulunya dipelopori oleh INSPEM.
iii. Mewujudkan interaksi, jaringan kerjasama dan kesepakaran bersama penyelidik.

PENCERAMAH


  1. Prof. Emer. Dr. Shaharir Mohamad Zain
  2. Dr. Mohd Rohaizat Abdul Wahab


 

©2020. Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM), UPM