Banner
TERBUKA KEPADA PRASISWAZAH | TARIKH AKHIR PENDAFTARAN: 24 MAC 2016 (PENDAFTARAN DITUTUP) | YURAN PENYERTAAN ADALAH PERCUMA

Pengumuman
3 April 2016
Pusingan 1

13 April 2016
Pengumuman Keputusan Pusingan 1

24 April 2016
Pusingan Akhir
(20 Peserta Terbaik)
Lokasi : Bilik Seminar Al-Farabi, Tingkat 2, INSPEM,

5 Mei 2016
Penyampaian Hadiah
Menu Utama

Pengenalan

Olympiad Matematik Antarabangsa (International Mathematical Olympiad) merupakan satu kejohanan yang berprestij di dunia. Bagi mengharumkan nama negara dalam pertandingan tersebut, satu kejohanan yang bercirikan Olympiad Matematik perlu dilaksanakan di peringkat Universiti Putra Malaysia. Kejohananan ini merupakan langkah pertama untuk penganjuran bagi peringkat antara universiti IPTA dan IPTS di Malaysia. Peserta yang berjaya pada peringkat antara universiti IPTA dan IPTS di Malaysia ini akan diberikan peluang untuk menyertai kejohanan Asian Olympiad di Australia.

Objektif

  • Mencari calon-calon dari Universiti Putra Malaysia yang berkebolehan tinggi dalam matematik bagi kejohanan Olympiad.
  • Memberi peluang kepada para pelajar di Universiti Putra Malaysia untuk menyertai kejohanan Asian Olympiad 2017.
  • Memberi pendedahan kepada para pelajar dan pensyarah di Universiti Putra Malaysia mengenai kejohanan Asian Olympiad 2017, Australia.

Hadiah

  • Johan - RM1000
  • Naib Johan - RM800
  • Tempat Ke-3 - RM500


(Untuk melihat poster)

Keputusan Pusingan Pertama

 

 


©2016. Institut Penyelidikan Matematik. Universiti Putra Malaysia.