Banner

Pengenalan



Olimpiad Matematik Antarabangsa (International Mathematical Olympiad (IMO)) merupakan salah satu pertandingan penyelesaian masalah matematik yang berprestij di peringkat dunia yang mula dipertandingkan pada tahun 1959. Malaysia mula menyertai pertandingan ini pada tahun 1995 di Toronto, Kanada. Pertandingan Matematik ini adalah program yang sangat kompetitif di mana para peserta akan menduduki ujian menyelesaikan masalah Matematik tahap tinggi. Walaubagaimanapun pertandingan IMO ini adalah pertandingan di peringkat sekolah menengah dan tidak melibatkan pelajar di peringkat universiti.

Pada Januari 2016, pihak Australian Mathematical Society mengambil inisiatif untuk menganjurkan Simon Marais Mathematics Competition pada Oktober 2017 dan melibatkan pelajar pra-siswazah dari universiti di negara rantau Asia Pasifik. Malaysia juga turut dijemput oleh Australian Mathematical Society untuk menyertai pertandingan ini dan penyertaannya melibatkan wakil setiap universiti di Asia Pasifik.

Hasil daripada kesinambungan daripada penglibatan Malaysia dalam Simon Marais Mathematics Competition pada 2017, INSPEM telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Universiti Putra Malaysia Mathematik Olimpiad 2016 (UPMMO2016). Pertandingan ini diadakan pada 3 April 2016 dan 24 April 2016. UPMMO2016 merupakan langkah awal dari INSPEM bagi memberi pendedahan kepada pelajar prasiswazah dalam Olimpiad Matematik. Seterusnya, INSPEM telah menganjurkan Pertandingan Olimpiad Matematik Universiti Awam 2016 (OMUA2016) pada 24 September 2016 (Pusingan Kelayakan) dan 26 November 2016 (Pusingan Akhir). Walau bagaimanapun, OMUA2016 hanya melibatkan penyertaan dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Oleh itu, pada tahun 2022, INSPEM berhasrat untuk menganjurkan Pertandingan Olimpiad Matematik Universiti Malaysia 2022 (OMUM2022). Pada pertandingan Olimpiad kali ini, penganjur berhasrat untuk memberi peluang kepada pelajar prasiswazah Universiti awam dan swasta di Malaysia untuk menyertai kejohanan Olimpiad Matematik di peringkat kebangsaan.

Objektif program adalah untuk:

  1. Memberi peluang kepada pelajar prasiswazah Universiti awam dan swasta di Malaysia untuk menyertai kejohanan Olimpiad Matematik di peringkat kebangsaan.
  2. Mengukur tahap keupayaan pelajar prasiswazah Universiti awam dan swasta di Malaysia untuk bersaing di peringkat kebangsaan.
  3. Sebagai pendedahan awal dan rangsangan kepada pelajar menyertai pertandingan Matematik di peringkat antarabangsa.
  4. Menggalakkan dan mengembangkan kemahiran menyelesaikan masalah matematik dengan kreatif dalam kalangan pelajar universiti di Malaysia.
  5. Mengenalpasti dan mengembangkan potensi dan bakat pelajar untuk menjadi ahli Matematik dan saintis.

 

Hadiah (Kategori individu)
Johan : RM800 + piala dan sijil kepujian
Naib Johan : RM600 + piala dan sijil kepujian
Tempat Ketiga : RM400 + piala dan sijil kepujian

Hadiah (Kategori berkumpulan)
Johan: RM1000 + piala dan sijil kepujian
Naib Johan : RM700 + piala dan sijil kepujian
Tempat Ketiga : RM500 + piala dan sijil kepujian

 



©2022. Institute for Mathematical Research (INSPEM), UPM