Pengenalan | Pembentang | Program | Pendaftaran | Yuran Pendaftaran | Senarai Nama | Jawatankuasa | Hubungi Kami |
TEMA:
PENGENALAN Etnomatematik mula diperkenalkan oleh Prof. Ubiratan D'Ambrosio pada tahun 1970 di Brazil. Tujuan utama kajian ini diperkenalkan untuk menangani masalah pelajar di Brazil pada ketika itu yang takut dan tidak seronok dengan mata pelajaran matematik. Ini adalah disebabkan matematik diajar tidak menjurus kepada keperluan masyarakat itu sendiri. Etnomatematik yang bermaksud kajian matematik berdasarkan budaya dan etnik akan dapat merapatkan hubungan antara pelajar, alam sekitar dan matematik. Kajian etnomatematik telah membetulkan pandangan masyarakat terhadap matematik yang meletakkannya sebagai ilmu pengiraan semata-mata. Bidang Etnomatematik mula dirintis oleh penyelidik di Laboratori Etnomatematik dan Didaktik, Institut Penyelidikan Matematik, Universiti Putra Malaysia bermula pada tahun 2002, dan kini bidang ini telah berkembang dibanyak universiti di Malaysia. Mengenali etnomatematik merupakan kunci untuk memahami matematik kontemporari yang berkembang daripada susur galur yang sama. Alam Melayu yang kaya dengan khazanah etnomatematik menjadi tumpuan kepada ramai penyelidik luar negara mengkaji dan memahami manuskrip tulisan jawi yang dihasilkan oleh ilmuwan Melayu. Laboratori Etnomatematik dan Didaktik menjadi perintis menonjolkan kembali bidang etnomatematik khususnya bagi merungkai kearifan tempatan dan pencapaian masyarakat Melayu dalam bidang etnomatematik, etnosains dan bidang-bidang yang berkaitan dengannya. Kajian etnomatematik dan etnosains melibatkan pengkajiaan dari aspek asal usul sesuatu ilmu. Seharusnya ilmu itu dipelajari dan diajar dari dasar pertumbuhan dan perkembangannya. Untuk mempelajari ilmu adalah wajib mengetahui tokoh yang mempeloporinya kerana dari situ pelajar atau pendidik akan memahami kenapa sesuatu ilmu itu perlu diajar dan dipelajari. Matlamat ilmu adalah untuk membentuk manusia menjadi insan yang berguna dan berakhlak. Ini juga merupakan matlamat utama Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu ...” untuk melahirkan insan yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada masyarakat. ... ”. Namun, tanpa mempelajari dan memahami makna ilmu itu yang sebenar, kecantikan matlamat dan keindahan bahasa dalam falsafah tersebut menjadi sia-sia. Kehadiran kajian etnomatematik di INSPEM telah membuka pandangan baharu terhadap matematik terutamanya dalam kalangan pendidik dan pelajar. Pendedahan ini dikembangkan menerusi beberapa seminar etnomatematik yang telah diadakan sejak tahun 2008 sama ada peringkat kebangsaan atau Asia Tenggara. Seminar Pemikiran Etnomatematik Dr Mat Rofa Ismail ini merupakan satu wadah bagi menggarap pandangan beliau tentang etnomatematik dan peranannya dalam budaya serta peradaban manusia. OBJEKTIF SEMINAR Seminar ini merupakan perkongsian ilmu oleh Dr. Mat Rofa Ismail daripada aspek:
|
|
|