Banner
             
  Di anjurkan oleh :
Dengan Kerjasama :
 
 
PERTANDINGAN OLIMPIAD MATEMATIK UNIVERSITI AWAM 2016 (OMUA2016). 17 Universiti Awam telah mengesahkan penyertaan untuk peperiksaan Pusingan Awal OMUA2016 pada 24 September 2016: UM, USM, UPM, UKM, UTM, UMT, UiTM, USIM, UniMAP, UMS, UIAM, UPSI, UNIMAS, UMK, UTHM, USAS, UPNM.
PENGUMUMAN
24 September 2016
Pusingan Awal
Lokasi : Universiti masing-masing

26 November 2016
Pertandingan Akhir
Lokasi : Dewan Seminar
Al-Farabi, Fakulti Ekologi Manusia, UPM
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengahari

17 Disember 2016
Majlis Penyampaian Hadiah
Lokasi : Dewan Taklimat Serdang, UPM

** Soalan OMUA akan merangkumi topik Kalkulus, Kalkulus Lanjutan, Aljabar dan Aljabar Linear

** Segala perbelanjaan untuk pertandingan Pusingan Awal dan bagi menghadiri pertandingan Peringkat Akhir adalah di bawah tanggungan Universiti masing-masing


FORMAT PERTANDINGAN
  1. Peserta akan menduduki pertandingan di peringkat pusingan kelayakan pada 24 September 2016 (Sabtu) jam 9.00 pagi di universiti masing-masing.

  2. Peserta akan menjawab soalan Matematik yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Panel Soalan OMUA 2016 dalam tempoh 3 jam.

  3. Peserta perlu menjawab sebanyak 6 (ENAM) soalan dalam masa 3 (TIGA) jam.

  4. Peserta tidak dibenarkan membawa masuk kalkulator dan telefon bimbit ke dalam dewan peperiksaan sepanjang peperiksaan berlangsung.

  5. Peserta perlu menyediakan alat tulis sendiri seperti pen, pensil dan pemadam.

  6. 5 (LIMA) orang peserta yang mendapat markah tertinggi dari setiap universiti akan layak untuk menyertai pertandingan peringkat akhir di Universiti Putra Malaysia pada 26 November 2016 (Sabtu) jam 9.00 pagi.

  7. Soalan OMUA akan merangkumi topik Kalkulus, Kalkulus Lanjutan, Aljabar dan Aljabar Linear

©2016., Pertandingan Olimpiad Matematik Universiti Awam, Institut Penyelidikan Matematik. UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA.