Banner
             
  Di anjurkan oleh :
Dengan Kerjasama :
 
 
PERTANDINGAN OLIMPIAD MATEMATIK UNIVERSITI AWAM 2016 (OMUA2016). 17 Universiti Awam telah mengesahkan penyertaan untuk peperiksaan Pusingan Awal OMUA2016 pada 24 September 2016: UM, USM, UPM, UKM, UTM, UMT, UiTM, USIM, UniMAP, UMS, UIAM, UPSI, UNIMAS, UMK, UTHM, USAS, UPNM.
PENGUMUMAN
24 September 2016
Pusingan Awal
Lokasi : Universiti masing-masing

26 November 2016
Pertandingan Akhir
Lokasi : Dewan Seminar
Al-Farabi, Fakulti Ekologi Manusia, UPM
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengahari

17 Disember 2016
Majlis Penyampaian Hadiah
Lokasi : Dewan Taklimat Serdang, UPM

** Soalan OMUA akan merangkumi topik Kalkulus, Kalkulus Lanjutan, Aljabar dan Aljabar Linear

** Segala perbelanjaan untuk pertandingan Pusingan Awal dan bagi menghadiri pertandingan Peringkat Akhir adalah di bawah tanggungan Universiti masing-masing


PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

Wakil Universiti di setiap universiti.

  1. Sebagai penyelaras pertandingan OMUA di peringkat universiti masing-masing. 

  2. Menganggotai Jawatankuasa Panel Soalan bagi mengubal soalan. (untuk Universiti Penyelidikan sahaja). 

  3. Mencalonkan beberapa orang ahli akademik yang berkelayakan untuk menganggotai Jawatankuasa Permarkahan bagi pertandingan Pusingan Awal di peringkat universiti masing-masing. 

  4. Sebagai penghubung di antara universiti dengan pihak penganjur pertandingan.

  5. Menguruskan tempahan dewan peperiksaan, cetakan kertas soalan dan pendaftaran peserta bagi pertandingan Pusingan Awal OMUA di Universiti masing-masing.

  6. Segala perbelanjaan untuk pertandingan Pusingan Awal dan bagi menghadiri pertandingan Peringkat Akhir adalah di bawah tanggungan Universiti.

  7. Memilih maksimum 5 calon terbaik (markah tertinggi) dalam peperiksaan Pusingan Awal sebagai wakil Universiti untuk pertandingan Peringkat Akhir. 


©2016., Institut Penyelidikan Matematik. UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA.